Thursday, 15 November 2012
Wednesday, 31 October 2012
Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan pengenalan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat pada sub papan suis voltan dan papan suis rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu pepasangan industry.
PENERANGAN
Sub papan suis dan papan
suis utama adalah sebuah peti kawalan pepasangan tiga fasa voltan rendah di
mana sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis utama voltan rendah
dapat diagihkan ke dalam pemasangan di bahagian papan agihan atau terus ke
panel kawalan motor. Manakala papan suis utama ( PSU ) adalah satu komponen
atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan
elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian beban lain atau
bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan voltan
rendah
1.
Spesifikasi Penggunaan Sub Papan Suis.
a. Peti
sub papan suis biasanya akan diletakkan di tiap-tiap tingkat bagi bangunan
bertingkat atau tiap-tiap bahagian didalam sesuatu kilang. Cabang-cabang litar
seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah kebakaran
akan mengambil bekalan daripada sub papan suis utama.
b. Sekiranya
papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sub papan suis hendaklah
dipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistem
kawalan ke beban tersebut.
c. Sub
papan suis direka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat
mana-mana bahagian pepasangan dalam bangunan mengalami gangguan bekalan atau
terdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.
d. Ia
juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltan
sekiranya terdapat beban baban besar dalam pepasangan elektrik.
e. Sub
papan suis adalah papan suis yang mendapat bekalan utamanya dari PSU. Perkataan
sub adalah relatif sebab ada papan suis yang saiznya lebih besar dari PSU di
tempat lain. Sub di sini bermakna lebih kecil dari Papan Suis Utama.
f. Sub
papan suis digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan
terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan
memudahkan kerja-kerja kawalan senggaraan.
g. Di
dalam sub papan suis (sub-switch board) terdapatnya perkakas suis untuk tujuan
kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF
di Sub-SB. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi
keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.
h. Peranan,
saiz fizikal dan fungsi sub papan suis adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus, kegunaan Sub-SB itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya.
Ada sesetengah Sub-SB hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja
misalnya motor-motor elektrik.
2.
Spesifikasi
Penggunaan Papan Suis Utama.
a.
Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis
untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu
ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan
melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.
b.
Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah
bergantung kepada keupayaan membawa arus. Ada sesetengah PSU hanya mengawal
beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.
3.
Jenis-Jenis Rekabentuk Sub Papan Suis
Dan Papan Suis.
Umumnya ada terdapat dua
jenis sub papan suis dan papan suis utama yang biasa digunakan iaitu
a.
Jenis melekat di dinding ( wall mounted ).
b.
Jenis Cubicle.
Jenis melekat di dinding
biasanya untuk pemasangan kecil iaitu kurang daripada 150 ampere, manakala
jenis cubicle untuk pepasangan sederhana dan pemasangan besar.
4.
Binaan Sub Papan Suis Dan Papan Suis
Utama
Bagi jenis cubicle binaan
sub papan suis dan papan suis utama menggunakan rangka utama yang akan
menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam papan suis. Kekuatan
rangka hendaklah minima 10G berbentuk U –section channel. Rangka yang baik
adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak
25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis
modular di mana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan
menyambung sahaja rangka tambahan.
Di sekeliling bahagian luar
ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tertentu (tebal minima 14G di
bahagian belakang dan tepi papan suis). Palang bas pembumian dengan keratan
rentas yang mencukupi dipasang di bahagian bawah sebelah dalam papan suis
meliputi keseluruhan sistem pembumian.
5.
Terdapat Tiga Bentuk Binaan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama
a.
Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisah
di antara bahagian-bahagian dalam sub papan suis dan papan suis utama
b.
Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian
sahaja dipisahkan daripada yang lain.
c.
Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian
diasingkan.
Jenis mana yang kita mahukan
bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatan dan harga yang perlu
kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap komportmen dalam PSU
diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian
lain tidak terlibat.Selain mahal ianya juga berat.
Jenis sederhana baik hanya
memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama bahagian yang menempatkan
pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar
berlaku percikan api elektrik.
Jenis yang paling mudah dan
murah ialah tiada langsung pemisah di antara kompartmen di dalam PSU tersebut.
Rajah
1: Gambarajah pendawaian sesentuh dan suis kecemasan.
6.
Litar Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama.
Terdapat beberapa litar
pendawaian sub papan suis seperti:-
a.
Litar kemasukan utama
b.
Litar Keluaran ke beban
c.
Litar sekunder
d.
Litar kawalan perlindungan
Rajah
2 : Gambarajah sub papan suis jenis cubicle
Rajah
4 : Gambarajah papan suis utama jenis cubicle.
7
Jenis-Jenis
Kemasukan Bekalan
Rekabentuk papan suis adalah
mengikut kemasukan bekalan dan keperluan beban pepasangan. Ini adalah betujuan
memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan keselamatan. Berikut adalah
rekabentuk jenis kemasukan papan suis utama:-
a.
Papan Suis Utama Satu Kemasukan.
b.
Papan Suis Utama Dua Kemasukan.
c.
Papan Suis Utama Satu Kemasukan dari bekalan
pihak pembekal serta satu Papan Suis Utama Kecemasan Automatik .( EMS – Board
).
8.
Lokasi
Papan Suis
Di antara lokasi yang sesuai
untuk bilik suis adalah:
a.
Berhampiran dengan penempatan beban yang
tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel.
b.
Terhindar daripada banjir atau dekat dengan
punca-punca air.
c.
Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu
supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan.
d.
Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai
pintu yang berkunci
9.
Keperluan
Bilik Suis
Diantara keperluan bilik
suis adalah:
a.
Bilik suis hendaklah menerima pengedaran
udara yang baik.
b.
Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan
anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk.
c.
Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki
dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk
kerja-kerja senggaraan .
d.
Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk
kemasukan dan keluar kabel.
e.
Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat
pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2.
f.
Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir
keluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
g.
Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang
sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU.
10. Pembumian Sub Papan Suis Dan Papan Suis
Utama
Pembumian merupakan
sambungan yang dibuat antara logam sub papan suis dan bumi. Ia bertujuan untuk
memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik di mana
arus rosak dapat mengalir terus kebumi dan memudahkan pelantikan serta merta
alat geganti rosak kebumi semasa berlaku kerosakan arus kebumi. Sistem
pembumian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S dimana pengalir bumi dari
papan suis disambungkan terus ke bahagian rangka sub papan suis.
11.
Ujian Penyelenggaraan Sub Papan Suis Dan
Papan Suis Utama.
Mengikut Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994 beberapa ujian perlu dijalankan pada papan suis untuk memastikan
pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan. Ujian semasa
penyelenggaraan yang dijalankan seperti ujian semasa tanpa bekalan dan ujian
semasa ada bekalan.
a.
Ujian
–ujian tersebut adalah :-
b.
.Ujian
keterusan alat-alat
c.
.Ujian
keterusan pengalir
d.
Ujian
keterusan pengalir bumi
e.
Ujian
keterusan litar kawalan dan litar sekunder.
f.
Ujian
rintangan penebatan
g.
Ujian
suntikan utama
h.
Ujian
suntikan sekunder
i.
Ujian
tekanan
j.
Ujian
bekalan 3 fasa
k.
Ujian
turutan fasa
12.
Kabel kemasukan utama dan keluaran
Terdapat beberapa kaedah
pemasangan kabel pada sub papan suis seperti penyediaan sesalur kabel bawah
tanah dan dulang kabel atau trunking. Sekiranya rekabentuk pepasangan sub papan
suis dan papan suis utama jenis cubicle terdapat banyak kabel keluaran,
penggunaan kabel berperisai dan pelbagai teras adalah amat sesuai dipilih
dengan menggunakan sesalur kabel bawah tanah. Saiz dan keupayaan kabel boleh
dirujuk pada kertas penerangan kabel atau jadual pepasangan kabel elektrik (MS
IEC-60364) atau buku manual pengilang kabel.
RUJUKAN
:
KERTAS
PENERANGAN WIM INSTITUT LATIHAN JABATAN
TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER
MANUSIA
MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)